Bebas Kewangan
Kita selalu dengar pasal “BEBAS KEWANGAN”, tapi bila ditanya maksud Bebas Kewangan itu sendiri kita akan dengar pelbagai jenis jawapan.
Antaranya:
“Boleh beli apa sahaja yang saya mahu”
“Tidak perlu fikir pasal harga time nak beli barang”
“Ada banyak duit dalam bank akaun”
“Aku Kaya!!!”
“Tak perlu bekerja dan buat apa sahaja yang kita suka”
Dalam banyak banyak jawapan di atas, jawapan yang paling hampir pada saya ialah yang terakhir tersebut, which is tak perlu bekerja dan buat apa sahaja yang kita suka.
Tapi jawapan ni seolah-olah tergantung dan confirm rata-rata korang yang baca ni mesti tertanya-tanya soalan-soalan macam dekat bawah ni.
1) Tak bekerja then macam mana nak dapat duit untuk teruskan hidup, beli makanan dan sebagainya?
2) Semua orang boleh capai ke bebas kewangan ni?
3) Perlu berhenti kerja dan buat bisnes ke?
4) Apa formula bebas kewangan ni?
Boleh tulis lagi contoh-contoh persoalan yang bermain kat fikiran korang di ruangan comment dibawah.
Definisi Bebas Kewangan
Definisi bebas kewangan pada saya (Financial Farmer) pula ialah apabila duit daripada pendapatan pasif kita mampu tampung kos hidup yang asas seperti tempat tinggal, makanan minuman, pakaian dan kenderaan untuk bergerak.
Pendapatan Pasif?
Pendapatan pasif ni maksudnya duit yang masuk ke dalam poket atau akaun bank anda tanpa anda perlu untuk bekerja. Means anda tak terikat untuk bekerja kepada mana-mana badan, syarikat atau organisasi untuk terima duit pendapatan.
Contoh Pendapatan Pasif
Akan keluar soalan-soalan dalam kepala korang yang rasa benda ni mengarut dan tak wujud.
Come close my friend. Demo dok kenal bare ni.
Contoh paling simple ialah ASB (Amanah Saham Bumiputera), TH (Tabung Haji) dan KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) atau EPF (Employee Provident Fund) yang beri duit pasif dalam bentuk dividen tahunan.
“Tapi tu dapat setahun sekali bos, kita nak duit masuk tiap-tiap bulan”
Okay sekarang, cuba bayangkan duit yang masuk atau duit pasif tu ialah sebanyak RM50,000 setahun. Tak ke macam korang terima RM4,167 sebulan.