Top 3 Lokasi Terbaik Untuk Melabur Hartanah

Lokasi Bukan Sekadar Peta, Tapi Untung Masa Depan

Ramai orang nak mula melabur hartanah, tapi satu soalan utama mesti muncul:
“Kat mana tempat yang paling sesuai untuk beli rumah pelaburan?”

Sebab itu, penting untuk tahu lokasi yang bukan sekadar ‘trending’ tapi ada permintaan sebenar, potensi kenaikan nilai, dan disokong oleh infrastruktur yang berkembang. Dalam artikel ini, teman senaraikan tiga lokasi utama berdasarkan faktor realiti pasaran, bukan sekadar gosip pelabur.

1. Johor Bahru – Lebih Dekat ke Singapura, Lebih Dekat ke Untung?

Special Economic Zone JB Singapore potential to Property Investor

Apa yang menarik:

  • Lokasi strategik bersebelahan Tambak Johor, sangat ideal untuk mereka yang bekerja di Singapura tapi menetap di JB.

  • Projek mega seperti RTS Link dan RAPID Pengerang bakal melonjakkan permintaan hartanah.

  • Pembangunan kawasan seperti Medini, Bukit Indah dan Permas Jaya semakin matang.

  • Special Economic Zone Johor Bharu-Singapore (SEZ) akan meningkatkan ekonomi  dan permintaan hartanah setempat.

Praktikal:
Jika beli unit high-rise sekitar CIQ atau Medini dan fully furnished, potensi sewa boleh mencecah 5–7% setahun. Pastikan buat kajian pasaran semasa sebelum beli.

Johor Bharu (RTS)

2. Lembah Klang – Lokasi Tak Pernah Tidur

Penduduk mencecah 10 juta di Lembang Klang

Apa yang menarik:

  • Kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia di samping peluang pekerjaan bernilai tinggi yang banyak.

  • Akses pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan Lebuhraya membantu pergerakan harian.

  • Kawasan seperti Cheras Selatan, Bangsar South, Subang Jaya dan Shah Alam sentiasa ada permintaan penyewa.

  • Banyak pembangunan bercampur (mixed development) yang menarik untuk jangka panjang.

Praktikal:
Fokus pada unit berdekatan stesen MRT atau kampus universiti. Contohnya, kawasan sekitar UCSI atau Sunway sangat popular untuk pelabur yang fokus pada aliran tunai sewa.

Purata Pendapatan tertinggi di Malaysia - Klang Valley

3. Pulau Pinang – Teknologi, Industri & Expatriate = Permintaan Tinggi

Apa yang menarik:

  • Peningkatan pelaburan luar terutamanya dalam bidang semikonduktor mencipta peluang pekerjaan yang lumayan.

  • Kawasan seperti Bayan Lepas, Gelugor dan Batu Maung berkembang pesat kerana industri teknologi dan pembuatan.

  • Permintaan dari pekerja kilang, expat dan pasangan muda sangat tinggi.

  • Inisiatif kerajaan negeri dalam memperkemas infrastruktur bantu lonjakan nilai hartanah.

Praktikal:
Pilih unit berdekatan kawasan perindustrian dan akses lebuhraya. Pastikan kemudahan seperti tempat letak kereta dan fasiliti lengkap disediakan.

Bayan lepas Hub ekonomi semikonduktor

Lokasi Adalah Kunci, Tapi Tindakan Adalah Segalanya

Melabur dalam hartanah bukan sekadar ikut cakap orang — tapi kena ada ilmu, strategi dan pengalaman sebenar. Apa yang boss baca ni adalah overview, tapi kalau boss nak gali lebih dalam dari kisah sebenar pelabur biasa-biasa yang berjaya…

Bonus untuk Pembaca Blog Ini

Nak tahu macam mana penjawat awam dengan gaji sederhana berjaya beli rumah pelaburan pertama di tengah KL?

Saya sangat syorkan baca ebook “Perjalanan Seorang Newbie Hartanah” tulisan KZ, salah seorang penjawat awam di Kuching yang melalui perjalanan sebagai pelabur hartanah di KL.

Dalam ebook ni, boss akan belajar:

  • Bagaimana nak tahu kelayakan beli rumah (DSR, CCRIS, CTOS)

  • Proses tempahan unit, permohonan pinjaman, guaman, sampai dapat kunci

  • Tip sebenar dari pengalaman real-life — bukan sekadar teori

Dapatkannya di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish
Scroll to Top