Adakah Hartanah Undercon Masih Berbaloi Dibeli pada Tahun 2025?

Adakah Hartanah Undercon Masih Berbaloi Dibeli pada Tahun 2025?

Pelaburan hartanah undercon (under construction) sentiasa menjadi pilihan pelabur kerana potensi keuntungan yang lebih tinggi. Namun, dengan perubahan pasaran hartanah dan ekonomi semasa, adakah masih berbaloi untuk membeli hartanah undercon pada tahun 2025? Dalam post kalini, kita akan mengupas kelebihan, risiko, dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Apa Itu Hartanah Undercon?

Hartanah undercon merujuk kepada hartanah yang masih dalam pembinaan dan dibeli sebelum siap. Pembeli biasanya mendapat harga lebih rendah berbanding hartanah subsale dan boleh menikmati pelbagai insentif dari pemaju.

Kelebihan Membeli Hartanah Undercon pada Tahun 2025

  1. Harga Lebih Rendah & Diskaun Pemaju – Pemaju sering menawarkan rebat, diskaun, dan insentif seperti yuran guaman percuma dan rebat tunai.

  2. Kenaikan Nilai (Capital Appreciation) – Harga hartanah boleh meningkat selepas siap dibina, memberi peluang kepada pelabur untuk menjual pada harga lebih tinggi.

  3. Pilihan Unit Lebih Banyak – Pembeli boleh memilih unit terbaik dari segi lokasi, arah matahari, dan tingkat yang sesuaga

  4. Tempoh Bayaran Lebih Fleksibel – Pembayaran ansuran kepada pemaju lebih ringan berbanding pinjaman rumah penuh.

Risiko dan Cabaran Pelaburan Hartanah Undercon

  1. Projek Terbengkalai – Jika pemaju menghadapi masalah kewangan, projek mungkin tertangguh atau tidak siap.

  2. Tempoh Menunggu Lama – Biasanya mengambil masa 3-5 tahun sebelum rumah siap, menyebabkan pelabur perlu menunggu untuk menjana pendapatan sewa.

  3. Ketidaktentuan Pasaran – Harga hartanah selepas siap mungkin tidak meningkat seperti yang diharapkan.

  4. Kos Tambahan – Walaupun harga beli lebih murah, terdapat kos tersembunyi seperti cukai, yuran strata, dan pengubahsuaian rumah.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Hartanah Undercon pada 2025

Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum beli rumah undercon
  1. Kredibiliti Pemaju – Semak rekod prestasi pemaju sebelum membuat keputusan.

  2. Lokasi & Permintaan Sewa – Pastikan lokasi strategik dan mempunyai permintaan sewa tinggi.

  3. Kemudahan Kewangan – Pastikan anda mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung tempoh menunggu rumah siap.

  4. Trend Pasaran Hartanah – Kaji sama ada harga hartanah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kesimpulan

Membeli hartanah undercon pada tahun 2025 masih boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan, tetapi ia memerlukan analisis yang teliti. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai strategi pelaburan hartanah, sila lawat ke laman Property Guide untuk mendapatkan panduan yang lebih menyeluruh mengenai pelaburan hartanah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish
Scroll to Top